Search This Blog

Sunday, April 22, 2012

15 ciri-ciri usahawan

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai bakal usahawan, Apakah saya layak jadi usahawan? Sekiranya ya, apakah ciri-ciri keperibadian yang perlu saya miliki.

Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani, malahan anda inspirasi jutaan orang. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Tapi pernah tak anda terfikir apa yang menjadikan meraka seperti hari ini? Adakah mereka ini bertuah semata-mata, insan pilihan atau mempunyai kuasa luar biasa?

Jawapannya, mereka sama seperti kita semua. Alam ini telah dicipta oleh Allah SWT secara adil dan saksama. Barang siapa yang berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa dengan usahanya, insya-Allah Allah akan memberikan ganjarannya.

Apa yang menjadikan mereka ini Berjaya? Mereka ini Cuma memiliki semangat dan kegigihan yang tinggi untuk mengecapi matlamat hidup mereka. Oleh itu dalam proses pembelajaran hidup, mereka ini telah membina beberapa keperibadian yang unggul. Keperibadian yang mereka bina ini, dikembangkan dan diperkasakan sehingga menjadi perwatakan mereka.

Pendek kata, kita manusia semua hampir mempunyai kebolehan yang sama. Cuma cara ianya dipupuk. Di Negara kita memang tidak dapat dinafikan perniagaan besar-besaran banyak yang telah dimonopori oleh kaum Cina. Apakah faktornya? Adakah mereka mempunyai genetik yang tertentu yang cenderung kepada perniaggan?

Jawabanya tentunya tidak sama sekali. Kajian pernah dilakukan terhadap kaum Cina ini dan kenapa mereka cenderung kepada bidang perniagaan? Jawapanya, mereka secara umumnya mempunyai ciri keperibadian yang ideal dan karisma (jati diri) yang cukup tinggi.

Oleh itu sekiranya anda mempunyai sifat sifat sebegini, insya-Allah anda adalah bakal calon usahawan yang seterusnya.

Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya antaranya ialah:

1) Seorang yang mempunya misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.

2) Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.

3) Usahawan perlulah seorang kreatif, inovatif dan berinisiatif.

4) Seorang yang cekal dan berani mengambil cabaran (risiko)

5) Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak serara spontan.

6) Seorang yang berorientasikan pengetahuan, kecekapan, perancangan.

7) Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas, penuh berhikmah.

8) Seorang yang berdikari.

9) Pandai menyakinkan orang lain.

10) Pandai melihat dan merebut peluang.

11) Skil komunikasi yang mantap dan menyakinkan.

12) Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerjanya.

13) Bijak menyelesaikan masalah.

14) Berkemampuan melihat masalah sebagai process pembelajaran.

15) Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama, tidak kedekut ilmu.

Ciri-ciri ini bukan sesuatu yang sukar dimiliki. Cuma tukarsoalan anda, “Bolehkah” saya melakukannya ? kepada “Hendak atau tidak” saya melakukannya?

Tokoh-tokoh yang mencapai kejayaan dalam segala bidang bermula dengan keinginan yang nyata. Mereka ini jelas dengan apa yang hendak diperjuangkan dalam hidup mereka. Pendek kata, mereka ini ada misi dan visi yang sangat jelas. Bak kata pepatah Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.

Oleh itu, keiginan adalah penggerak utama yang memberi semangat kepada semua manusia untuk berjuang tak kira apa saja yang mereka perjuangkan.

Petikan dari majalah SUKSES, bersama Mohammad Daniel Lim Abdullah.

No comments:

Post a Comment