Search This Blog

Monday, May 14, 2012

JEMPUTAN MENYERTAI SEMINAR 1 SME 1 WEBSITE

Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera akan mengadakan 'Seminar 1 SME 1 Website' dengan kerjasama dari pelbagai agensi pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 22 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh
(MASUK ADALAH PERCUMA)

Dibawah kami telah serta borang menempahan tempat. Jika berminat, isikan borang dan kembalikan ke MTESB.

Faks : 06-2332907
Email : Mazilah_matsah@yahoo.com
No Telefon : 06-2324289


Tuesday, May 1, 2012

Keharmonian masyarakat majmuk bermula di Melaka

KETIKA keagungannya pada abad ke-15, Melaka adalah sebuah kota antarabangsa yang makmur dengan aktiviti perdagangan dan perniagaan. Negeri yang terkenal dengan kebijaksanaan Bendahara Tun Perak dan kehandalan Laksamana Hang Tuah itu, banyak meninggalkan asas kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.

Misalnya, sistem beraja dan undang-undang bertulis negeri Melaka menjadi asas kepada sistem kenegaraan negara kita.

Dalam konteks sejarah sosial, Melaka ialah negeri yang mula-mula mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

Menurut beberapa pengkaji sejarah seperti O W Wolters dan Wang Gungwu, Melaka mula mengamalkan sikap liberal dan terbuka sejak pemerintahan Iskandar Syah (Parameswara) dan dua orang pengganti selepasnya.

Mereka menggalakkan pedagang dan orang luar datang ke pelabuhan Melaka sehingga terbentuknya masyarakat majmuk di kota Melaka.

Melaka ketika itu bukan saja didatangi pelbagai etnik dari Nusantara (kepulauan Melayu), malah pelbagai bangsa dari berbagai tempat di dunia seperti Parsi, Arab, India, China, Burma dan Kemboja (Champa). Menurut Pires, selepas kemangkatan Parameswara, penduduk Melaka kira-kira 6,000 orang.

Winstedt dalam bukunya History of Malaya menyebut penduduk Melaka meningkat kepada 40,000 orang dewasa ketika pemerintahan Sultan Alauddin dan menjadi 190,000 orang sebelum Portugis menyerang Melaka.
Kaum pendatang di Melaka ketika itu sangat menghormati budaya dan adat rakyat tempatan (orang Melayu). Mereka bergaul mesra dengan masyarakat tempatan sehingga ada di kalangan orang asing itu diberi peluang dalam mobiliti sosial dengan terbabit langsung dalam institusi pentadbiran Melaka.

Melaka juga sejak awal lagi merakamkan bahawa proses asimilasi budaya pernah berlaku di negeri itu sehingga mewujudkan beberapa komuniti masyarakat yang unik iaitu komuniti Cina Peranakan yang dikenali sebagai Nyonya Baba dan India Peranakan yang dikenali sebagai komuniti Ceti.

Justeru, apabila kita membicarakan mengenai perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat, Melaka harus dijadikan rujukan dalam memahami keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dalam tulisan ini saya cuba mencatatkan sekelumit gambaran mengenai keharmonian hidup masyarakat majmuk di Melaka berasaskan beberapa catatan Abdullah Munsyi dalam bukunya Hikayat Abdullah (Pustaka Antara, 1963).

Abdullah Munsyi di dalam hikayatnya itu mencatatkan penduduk kota Melaka terdiri daripada pelbagai komposisi bangsa atau kaum. Abdullah menyebut bahawa Melaka sudah pun dihuni penduduk pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Nasrani (Portugis).

Pada bab enam buku berkenaan, beliau menyebut pelbagai bangsa yang hidup di Melaka itu hidup dalam suasana aman dan damai. Abdullah menggambarkan bahawa keadaan keharmonian masyarakat berbilang kaum itu wujud kerana ada sifat setia dan taat kepada pemerintah ketika itu.

Keharmonian hidup rakyat Melaka seperti digambarkan Abdullah itu dapat dikesan seperti dalam catatannya:

“…. maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan berajakan Tuan Farquhar itu, maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk, datang daripada segala pihak negeri berniaga.”

Walaupun pemerintah yang dimaksudkan Abdullah itu ialah Inggeris kerana Abdullah menulis ketika Melaka sudah berada di bawah pentadbiran Inggeris, mesejnya ialah kesetiaan kepada pemerintah menjadi elemen kepada faktor wujudnya kesetiaan dan perpaduan rakyat Melaka ketika itu.

Abdullah mencatatkan hubungan antara kaum di Melaka begitu kuat dan harmonis sehingga seorang budak yang nakal dari satu bangsa boleh ditegur oleh bangsa lain. Malah, boleh dipukul oleh ibu bapa bangsa lain. Ibu bapa budak yang dipukul atau ditegur itu akan berterima kasih kepada mereka kerana mengambil berat perlakuan atau perangai anaknya.

Perkara itu jelas dicatat (bab empat) oleh Abdullah apabila beliau menulis;
“… dalam negeri Melaka, baik bangsa apa, seseorang menaruh malu akan seseorang, dan seseorang takut akan seseorang. Maka jika kiranya anak Melayu membuat pekerjaan jahat atau barang sebagainya yang tidak baik, dilihat orang Cina atau bangsa mana pun, maka boleh diajarnya dan dipukulnya akan dia, maka itu dipuji oleh ibu bapa budak itu.”

Demikianlah eratnya hubungan antara kaum dan indahnya suasana harmonis yang wujud di Melaka seperti dicatat Abdullah itu. Saya masih ingat, ketika saya kecil dulu ( 1960-an dan 1970-an), masyarakat di tempat penulis lahir dan dibesarkan (di Melaka) masih dapat melihat suasana demikian dengan bangsa lain boleh menegur anak jiran daripada bangsa lain tanpa rasa takut atau bimbang dimarahi ibu bapa budak yang ditegur itu.

Malah, ada yang merotan sekali dua di kaki atau punggung budak yang nakal atau melakukan kejahatan di hadapannya. Hari ini semua sudah berubah kerana masyarakat semakin bersifat individualistik. Hari ini, jangan dikatakan menjentik anak jiran, malah menegur sekali pun boleh mengundang pergaduhan dan perseteruan.

Alangkah indahnya masyarakat kita sekiranya perpaduan yang sekarang sedang kita janakan semula melalui gagasan 1Malaysia boleh mencapai tahap seperti itu. Rasanya sukar untuk kita alami suasana seperti itu kembali.

Namun, apa yang penting ialah perlunya kita memperkukuhkan perasaan saling hormat menghormati, bertolak ansur, rendah hati dan berbudi bahasa antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Amalan itu adalah adalah nilai murni yang ingin diterapkan melalui gagasan 1Malaysia.

-petikan dari akhbar berita harian.

Sunday, April 22, 2012

Dah ada orang nak hulurkan tangan, kita perlu sambut sahaja



15 ciri-ciri usahawan

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai bakal usahawan, Apakah saya layak jadi usahawan? Sekiranya ya, apakah ciri-ciri keperibadian yang perlu saya miliki.

Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani, malahan anda inspirasi jutaan orang. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Tapi pernah tak anda terfikir apa yang menjadikan meraka seperti hari ini? Adakah mereka ini bertuah semata-mata, insan pilihan atau mempunyai kuasa luar biasa?

Jawapannya, mereka sama seperti kita semua. Alam ini telah dicipta oleh Allah SWT secara adil dan saksama. Barang siapa yang berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa dengan usahanya, insya-Allah Allah akan memberikan ganjarannya.

Apa yang menjadikan mereka ini Berjaya? Mereka ini Cuma memiliki semangat dan kegigihan yang tinggi untuk mengecapi matlamat hidup mereka. Oleh itu dalam proses pembelajaran hidup, mereka ini telah membina beberapa keperibadian yang unggul. Keperibadian yang mereka bina ini, dikembangkan dan diperkasakan sehingga menjadi perwatakan mereka.

Pendek kata, kita manusia semua hampir mempunyai kebolehan yang sama. Cuma cara ianya dipupuk. Di Negara kita memang tidak dapat dinafikan perniagaan besar-besaran banyak yang telah dimonopori oleh kaum Cina. Apakah faktornya? Adakah mereka mempunyai genetik yang tertentu yang cenderung kepada perniaggan?

Jawabanya tentunya tidak sama sekali. Kajian pernah dilakukan terhadap kaum Cina ini dan kenapa mereka cenderung kepada bidang perniagaan? Jawapanya, mereka secara umumnya mempunyai ciri keperibadian yang ideal dan karisma (jati diri) yang cukup tinggi.

Oleh itu sekiranya anda mempunyai sifat sifat sebegini, insya-Allah anda adalah bakal calon usahawan yang seterusnya.

Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya antaranya ialah:

1) Seorang yang mempunya misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.

2) Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.

3) Usahawan perlulah seorang kreatif, inovatif dan berinisiatif.

4) Seorang yang cekal dan berani mengambil cabaran (risiko)

5) Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak serara spontan.

6) Seorang yang berorientasikan pengetahuan, kecekapan, perancangan.

7) Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas, penuh berhikmah.

8) Seorang yang berdikari.

9) Pandai menyakinkan orang lain.

10) Pandai melihat dan merebut peluang.

11) Skil komunikasi yang mantap dan menyakinkan.

12) Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerjanya.

13) Bijak menyelesaikan masalah.

14) Berkemampuan melihat masalah sebagai process pembelajaran.

15) Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama, tidak kedekut ilmu.

Ciri-ciri ini bukan sesuatu yang sukar dimiliki. Cuma tukarsoalan anda, “Bolehkah” saya melakukannya ? kepada “Hendak atau tidak” saya melakukannya?

Tokoh-tokoh yang mencapai kejayaan dalam segala bidang bermula dengan keinginan yang nyata. Mereka ini jelas dengan apa yang hendak diperjuangkan dalam hidup mereka. Pendek kata, mereka ini ada misi dan visi yang sangat jelas. Bak kata pepatah Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.

Oleh itu, keiginan adalah penggerak utama yang memberi semangat kepada semua manusia untuk berjuang tak kira apa saja yang mereka perjuangkan.

Petikan dari majalah SUKSES, bersama Mohammad Daniel Lim Abdullah.

Tuesday, April 17, 2012

Program-Program Yang Akan Dianjurkan Pada Tahun 2012

i) Pameran dan Ekspo Berbentuk Keusahawan :-
  • Hari Penternak dan Perladang
  • SDSI (Satu Daerah Satu Industri)
  • Halal Showcase
  • Pameran SMIDEC
  • Sabah International Ekspo
ii) Bengkel Keusahawanan Bumiputera Negeri Melaka

iii) Bengkel Pengurusan Syarikat dan Pengurusan Kewangan Syarikat

iv) Seminar Motivasi Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Bidang Perniagaan

v) Program Keusahawanan Bersama Persatuan Usahawan Melaka

vi) Mini Konvensyen Percapaian Melayu Melaka

vii) Seminar Perniagaan Francais

viii) Taklimat Pembiayaan PUNB

xi) Program Pemantapan Rohani dan Sahsiah Diri

x) Program Sayangi Diri dan Katakan Tidak

xi) Program Membanteras Jenayah dan Gejala Sosial

xii) Pembinaan Sikap Positif dan Personaliti Pelajar Cemerlang

xiii) Program Sayangi Diri, Sayangi Keluarga

xiv) Program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

*Lain-lain program akan dikemaskinikan

Monday, April 16, 2012

KATA-KATA HIKMAH

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Sunday, January 31, 2010

Program kesedaran bersama pelajar IPTA/IPTS di Politeknik Kota Melaka.

program telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj Abdul Wahab Bin Abdul Latip iaitu Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.

Seramai 115 peserta telah menghadiri program ini.