Search This Blog

Tuesday, August 11, 2009

KES H1N1 DIMALAYSIA

(12/08/2009)
Semalam
lam
2252 kes
269 kes tempatan
0 kes import
38 kematian
Kelmarin
1983 kes
203 kes tempatan
0 kes import
32 kematian

Friday, August 7, 2009

AWAS

INFO TERKINI (7 ogos 2009)
Jumlah kematian setakat ini 15

INFO HINI

Apakah itu penyakit selesema babi?
HINI adalah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis virus baru yang terhasil daripada mutasi gen virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah tanda dan gejala penyakit?
Gejala awal jangkitan penyakit ini adalah deman, sakit tekak, selesema dan kadang kala muntah dan cirit-birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pasakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit atau tersebar ke udara. Seterusnya seseorang akan dijangkiti sama ada melalui penafasan, sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit

Bagaimana boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
jauhi orang yang nampak tidak sihat, menghidap demam dan batuk
kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
elak menyentuh muka khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan dijangkiti
jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak
ketahui situasi samasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil
amalkan cara hidup sihat dengan mendapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan
lakukan aktiviti fizikal.

Monday, August 3, 2009

BENGKEL INDUSTRI ANDAMAN BUMIPUTERA

23 JULAI 2009 (KHAMIS)
HOTEL SERI MALAYSIA AYER KEROH MELAKA
1. PENGENALAN
Bengkel ini diadakan susulan dari perbincangan antara Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Persatuan Usahawan komuniti Ekonomi Bumiputera Melaka (PUKEB) yang mana Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka merupakan mentor bagi persatuan ini melihat betapa besarnya impak industri andaman dalam menjana ekonomi negeri Melaka. Susulan dari perbincangan dan pertemuan yang diadakan tercetusnya idea mengadakan bengkel ini.


2. OBJEKTIF BENGKEL
-Untuk melihat peluang dan cabaran dalam industri andaman
-Mengetahui dan mendalami ilmu andaman
-Memperluaskan jaringan pernigaan dikalangan usahawan dalam industri ini.
-Memartabatkan seni andaman tradisional


3. SASARAN PESERTA
-Pengusaha-pengusaha andaman dan mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan industri ini.

-Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang ada menyediakan kursus dan program berkaitan dengan andaman.

-Individu, siswazah, pekerja yang diberhentikan yang berminat untuk menceburkan diri dengan industri ini


4. ATURCARA BENGKEL



5. JUMLAH PENYERTAAN

Seramai 80 orang peserta menyertai bengkel ini yang kebanyakkannya merupakan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Selain dari Melaka bengkel ini juga menarik minat peserta dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan


6. GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA BENGKEL

Proses pendaftaran peserta






Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Datuk Hj Hasnoor bin Sdg Husin Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka

Peserta bergambar bersama YBhg Datuk Hj Hasnoor bin Sdg Husin, Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi & Sosial Bumiputera

** HARAP MAAF GAMBAR SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI........