Search This Blog

Sunday, November 22, 2009

------------------------------------------------------------------------

Seminar Keusahawanan Pembiayaan Untuk Usahawan Bumiputera Dun Merlimau
19 November 2009
Politeknik Merlimau Melaka

Pada hari khamis yang lepas bersamaan dengan 19 november 2009, telah diadakan satu program berkaitan seminar keusahawanan pembiayaan untuk usahawan bumiputera dun merlimau. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi suasana tersebut.



Tepat jam 8.00 pagi sesi pendaftaran peserta program bermula, seramai 110 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini yang rata-ratanya terdiri daripada para pelajar politeknik tersebut.

Seterusnya tepat jam 9.00 pagi program bermula dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian melaka merangkap ahli dewan undangan negeri melaka dun merlimau, juga Datuk Hasnoor bin Sidang Husin selaku Pengarah Mtesb, Pn Hasfiyah bt Hassan Pengurus Pusat Khidmat Perusahaan Kecil dan Sederhana melaka, Dr Arshad bin Kassim Pengarah Politeknik, Pengarah Urusan Araz Success Nature Herbs Industri, Pengarah SEMCorp cawangan melaka, wakil dari Bahagian Mara, wakil dari Tekun Nasional dan para peserta program.



Seterusnya Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Hj Mohamad Faisal bin Ahmad, dan diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Pengarah Politeknik Merlimau Dr Arshad bin Kassim. Seterusnya ucapan Pn Hasfiyah selaku Pengurus Pkpks Melaka. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh yang berhormat Datuk hidhir bin Abu Hassan selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.




Setelah majlis perasmian tersebut selesai, majlis diteruskan lagi dengan sesi minum pagi. Setelah 20 minit berlalu, majlis diteruskan lagi dengan sesi yang pertama bertajuk membudayakan keusahawanan yang disampaikan oleh datuk Hasnoor bin Sidang Husin selaku Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Dan Sosial Bumiputera Melaka. Di sesi tersebut pelbagai maklumat dan info yang berguna dapat dijadikan panduan bagi usahawan dan bakal usahawan bagi menceburi pelbagai bidang perniagaan.




Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan sesi kedua bertajuk geran dan bantuan kewangan yang disampaikan oleh Tn Hj Ismail Hashim Pengarah dari SMECorp Malaysia Cawangan Melaka. Majlis diteruskan lagi dengan sesi yang ketiga bertajuk pembiayaan kewangan & bantuan usahawan Mara yang disampaikan oleh En Fazul B. Jamaluddin wakil dari Majlis Amanah Rakyat.



Majlis diteruskan lagi dengan sesi keempat seperti tajuk sebelumnya iaitu pembiayaan kewangan & bantuan usahawan daripada Tekun Nasional yang disampaikan oleh En Ismail Omar wakil daripada Tekun. Majlis diteruskan lagi dengan sesi yang terakhir bertajuk pengalaman usahawan Berjaya yang disampaikan oleh En Norazman b Hj Parmin Pengarah urusan Araz Success Nature Herbs Industri.


Dengan adanya majlis seperti ini para peserta dapat mengetahui pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan pembiayaan kewangan dan bantuan yang diperlukan usahawan itu sendiri, dan sedikit sebayak dapat membantu para usahawan mahupun bakal usahawan tempatan yang ingin
menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan berkaitan.


Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat iaitu Datuk Mohd Hidhir bin Abu Hassan, Datuk Hasnoor bin Sidang Husin, Dr Arshad bin Kassim, Pn Hasfiyah bin Hassan dan para penceramah yang diudang khas pada Majlis tersebut. Setelah selesai sesi penyampaian cenderahati tersebut tetamu kehormat dan para peserta dijemput menikmati hidangan tengahari yang telah disediakan. Majlis tersebut berakhir jam 2.30 petang.

Tuesday, November 17, 2009

SEMINAR KEUSAHAWANAN DAN PEMBIAYAAN UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DUN MERLIMAU

TARIKH : 19 November 2009 ( Khamis)
MASA : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
TEMPAT : Dewan Titanium, Politeknik Merlimau Melaka
DIRASMIKAN OLEH : YB DATUK MOHD HIDHIR BIN ABU HASSAN
pengerusi jawatan kuasa pertanian dan pembangunan desa negeri melaka
merangkap ahli dewan undangan negeri merlimau
ANJURAN : Majlis tindakan ekonomi & sosial bumiputera, pusat khidmat PKS melaka dan politeknik merlimau melaka.
:. SEMUA DIJEMPUT HADIR......

Monday, November 9, 2009

PRESTASI PENGLIBATAN MELAYU MELAKA DALAM SEKTOR PEMBUATAN

MELAKA , 3 November 2009 : Pertumbuhan sektor pembuatan di Melaka pada tahun 2008 dan 2009 menurun sedikit berbanding pada tahun sebelumnya kesan daripada tindak-tanduk dan sikap lebih berhati-hati di kalangan pelabur berikutan ekonomi dunia yang agak perlahan. Gara-gara daripada lonjakan harga minyak, krisis makanan dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat yang dianggap sebagai nadi pertumbuhan ekonomi dunia menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih suram.

Kesan daripada kelembapan ekonomi ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi aktiviti perniagaan di dalam bidang pembuatan di Melaka. Kesan ini dapat dirasai dengan berlakunya penurunan penglibatan para peniaga sebanyak 10% pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2007. Jika dilihat dari segi penglibatan kaum terutamanya kaum Melayu amatlah sedikit dan jelas pengurangan berlaku dalam aktiviti pembuatan berasaskan perabot dan perkayuan iaitu hanya 10.4%, getah dan plastik iaitu 9.2%, produk galian bukan logam iaitu 4.1% dan diikuti produk berasaskan logam iaitu 11.9%

Begitu juga dengan pengeluaran berasaskan produk petroleum bertapis dan bahan api nukleur seperti penyimpanan cecair merbahaya,minyak atau petrol yang menunjukkan pengurangan penglibatan semua kaum sebanyak 62% pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan akan mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar ini sekaligus menyebabkan kejatuhan pendapatan peniaga yang menjalankan aktiviti ini.

Namun demikian, dengan adanya program dan projek pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan di bawah pembangunan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, ia mampu memberikan impak yang positif dan berkesan dalam merancang pembangunan ekonomi yang berterusan.

Sebagai contoh, kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak 6.1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi menaik taraf gerai dan membina kawasan rawat dan rehat (R&R) di Sungai Rambai di samping pelbagai lagi gerai baru yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Kerajaan Negeri. Ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha makanan dalam memastikan kualiti dan mutu makanan yang disediakan terjamin di samping mewujudkan lebih ramai pengusaha makanan.

Memang tidak dinafikan bahawa perusahaan makanan dan minuman dalam sektor pembuatan ini merupakan antara aktiviti yang hampir mencapai sasaran 30%. Pembabitan pengusaha Melayu pada tahun 2007 telah mencapai sebanyak 23.6% dan bertambah pada tahun 2008 sebanyak 26.4%. Ternyata ramai yang memilih aktiviti perniagaan berasaskan pembuatan makanan dan minuman kerana percaya bahawa perniagaan ini adalah perniagaan yang menguntungkan dan berterusan serta tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang terlalu rumit. Justeru itu, kerajaan negeri memandang serius mengenai pembabitan Melayu dalam sektor pembuatan secara keseluruhan dengan menumpukan atau memberi perhatian yang lebih terhadap aktiviti yang dianggap kritikal.

Pelbagai kursus dan program yang melibatkan usahawan yang di jalankan oleh pelbagai agensi bagi mempertingkatkan pengetahuan serta motivasi. Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam juga ada menyarankan bahawa setiap agensi kerajaan yang terlibat dengan program pembangunan usahawan harus bertindak sebagai ”lead agency” bagi beberapa sektor perniagaan utama seperti sektor pembuatan, sektor peruncitan, sektor perniagaan am dan beberapa lagi sektor utama dalam usaha untuk menambah jumlah usahawan Bumiputera di Melaka. Katanya lagi, ”lead agency” berperanan memastikan bahawa penubuhan persatuan diwujudkan mengikut bidang-bidang utama perniagaan. Dengan cara ini, penyertaan usahawan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kebaikan berpersatuan itu sendiri selain dapat memberikan khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi memastikan tahap perniagaan berada di tahap tertinggi dan semasa juga memberikan pendedahan dalam melahirkan usahawan yang tahan mengharungi dunia perniagaan. Usahawan perlu diingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan mereka perlu menyahut cabaran kerajaan untuk menjadi usahawan yang benar-benar berjaya”.


Menurut Datuk Haji Hasnoor , selaku pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera (MTESB), hasil pemantauan yang dijalankan terhadap 4 aktiviti yang kritikal ini mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan penurunan bilangan pengusaha adalah disebabkan oleh pasaran yang kurang memberangsangkan, tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam industri ini juga memerlukan modal yang agak tinggi. Selain itu, ramai pengusaha Melayu beranggapan bahawa aktiviti pembuatan seperti perabot, getah dan plastik, logam dan bukan logam berhadapan dengan risiko yang tinggi berbanding perniagaan yang lain. Enggan menghadapi risiko menyebabkan ramai pengusaha Melayu memilih perniagaan yang mudah seperti perusahaan makanan dan minuman.

Sasaran untuk menguasai ekonomi Bumiputera Melaka sebanyak 30% di bidang kritikal menjelang tahun 2010 masih belum tercapai berikutan pemikiran kaum Melayu yang begitu rigid terhadap bidang perniagaan. Sehubungan dengan itu semua agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan harus memberi tumpuan kepada aktiviti yang kurangnya pembabitan orang Melayu demi merealisasikan sasaran yang ditetapkan.