23 JULAI 2009 (KHAMIS)
HOTEL SERI MALAYSIA AYER KEROH MELAKA
1. PENGENALAN
Bengkel ini diadakan susulan dari perbincangan antara Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Persatuan Usahawan komuniti Ekonomi Bumiputera Melaka (PUKEB) yang mana Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka merupakan mentor bagi persatuan ini melihat betapa besarnya impak industri andaman dalam menjana ekonomi negeri Melaka. Susulan dari perbincangan dan pertemuan yang diadakan tercetusnya idea mengadakan bengkel ini.
2. OBJEKTIF BENGKEL
-Untuk melihat peluang dan cabaran dalam industri andaman
-Mengetahui dan mendalami ilmu andaman
-Memperluaskan jaringan pernigaan dikalangan usahawan dalam industri ini.
-Memartabatkan seni andaman tradisional
3. SASARAN PESERTA
-Pengusaha-pengusaha andaman dan mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan industri ini.
-Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang ada menyediakan kursus dan program berkaitan dengan andaman.
-Individu, siswazah, pekerja yang diberhentikan yang berminat untuk menceburkan diri dengan industri ini
4. ATURCARA BENGKEL
5. JUMLAH PENYERTAAN
Seramai 80 orang peserta menyertai bengkel ini yang kebanyakkannya merupakan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini. Selain dari Melaka bengkel ini juga menarik minat peserta dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan
6. GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA BENGKEL
Proses pendaftaran peserta
Ucapan Perasmian Oleh Y.Bhg Datuk Hj Hasnoor bin Sdg Husin Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka
Peserta bergambar bersama YBhg Datuk Hj Hasnoor bin Sdg Husin, Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi & Sosial Bumiputera
** HARAP MAAF GAMBAR SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI........