Search This Blog

Sunday, April 22, 2012

Dah ada orang nak hulurkan tangan, kita perlu sambut sahaja



15 ciri-ciri usahawan

Assalamualaikum w.b.t.

Wahai bakal usahawan, Apakah saya layak jadi usahawan? Sekiranya ya, apakah ciri-ciri keperibadian yang perlu saya miliki.

Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan disegani, malahan anda inspirasi jutaan orang. Contohnya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Mustapha Kamal dan ramai lagi.

Tapi pernah tak anda terfikir apa yang menjadikan meraka seperti hari ini? Adakah mereka ini bertuah semata-mata, insan pilihan atau mempunyai kuasa luar biasa?

Jawapannya, mereka sama seperti kita semua. Alam ini telah dicipta oleh Allah SWT secara adil dan saksama. Barang siapa yang berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa dengan usahanya, insya-Allah Allah akan memberikan ganjarannya.

Apa yang menjadikan mereka ini Berjaya? Mereka ini Cuma memiliki semangat dan kegigihan yang tinggi untuk mengecapi matlamat hidup mereka. Oleh itu dalam proses pembelajaran hidup, mereka ini telah membina beberapa keperibadian yang unggul. Keperibadian yang mereka bina ini, dikembangkan dan diperkasakan sehingga menjadi perwatakan mereka.

Pendek kata, kita manusia semua hampir mempunyai kebolehan yang sama. Cuma cara ianya dipupuk. Di Negara kita memang tidak dapat dinafikan perniagaan besar-besaran banyak yang telah dimonopori oleh kaum Cina. Apakah faktornya? Adakah mereka mempunyai genetik yang tertentu yang cenderung kepada perniaggan?

Jawabanya tentunya tidak sama sekali. Kajian pernah dilakukan terhadap kaum Cina ini dan kenapa mereka cenderung kepada bidang perniagaan? Jawapanya, mereka secara umumnya mempunyai ciri keperibadian yang ideal dan karisma (jati diri) yang cukup tinggi.

Oleh itu sekiranya anda mempunyai sifat sifat sebegini, insya-Allah anda adalah bakal calon usahawan yang seterusnya.

Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya antaranya ialah:

1) Seorang yang mempunya misi hidup dan perjuangan yang sangat jelas.

2) Mempunyai semangat juang yang tinggi dan selalu bersikap positif.

3) Usahawan perlulah seorang kreatif, inovatif dan berinisiatif.

4) Seorang yang cekal dan berani mengambil cabaran (risiko)

5) Seorang yang berkeyakinan tinggi, bertenaga dan bertindak serara spontan.

6) Seorang yang berorientasikan pengetahuan, kecekapan, perancangan.

7) Seorang yang mempunyai komitmen kerja yang tinggi, tegas, penuh berhikmah.

8) Seorang yang berdikari.

9) Pandai menyakinkan orang lain.

10) Pandai melihat dan merebut peluang.

11) Skil komunikasi yang mantap dan menyakinkan.

12) Menitik beratkan kualiti kerja dan hasil kerjanya.

13) Bijak menyelesaikan masalah.

14) Berkemampuan melihat masalah sebagai process pembelajaran.

15) Suka menolong orang lain supaya turut berjaya bersama, tidak kedekut ilmu.

Ciri-ciri ini bukan sesuatu yang sukar dimiliki. Cuma tukarsoalan anda, “Bolehkah” saya melakukannya ? kepada “Hendak atau tidak” saya melakukannya?

Tokoh-tokoh yang mencapai kejayaan dalam segala bidang bermula dengan keinginan yang nyata. Mereka ini jelas dengan apa yang hendak diperjuangkan dalam hidup mereka. Pendek kata, mereka ini ada misi dan visi yang sangat jelas. Bak kata pepatah Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.

Oleh itu, keiginan adalah penggerak utama yang memberi semangat kepada semua manusia untuk berjuang tak kira apa saja yang mereka perjuangkan.

Petikan dari majalah SUKSES, bersama Mohammad Daniel Lim Abdullah.

Tuesday, April 17, 2012

Program-Program Yang Akan Dianjurkan Pada Tahun 2012

i) Pameran dan Ekspo Berbentuk Keusahawan :-
  • Hari Penternak dan Perladang
  • SDSI (Satu Daerah Satu Industri)
  • Halal Showcase
  • Pameran SMIDEC
  • Sabah International Ekspo
ii) Bengkel Keusahawanan Bumiputera Negeri Melaka

iii) Bengkel Pengurusan Syarikat dan Pengurusan Kewangan Syarikat

iv) Seminar Motivasi Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Bidang Perniagaan

v) Program Keusahawanan Bersama Persatuan Usahawan Melaka

vi) Mini Konvensyen Percapaian Melayu Melaka

vii) Seminar Perniagaan Francais

viii) Taklimat Pembiayaan PUNB

xi) Program Pemantapan Rohani dan Sahsiah Diri

x) Program Sayangi Diri dan Katakan Tidak

xi) Program Membanteras Jenayah dan Gejala Sosial

xii) Pembinaan Sikap Positif dan Personaliti Pelajar Cemerlang

xiii) Program Sayangi Diri, Sayangi Keluarga

xiv) Program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni

*Lain-lain program akan dikemaskinikan

Monday, April 16, 2012

KATA-KATA HIKMAH

  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
  • Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
  • Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
  • Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
  • Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
  • Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.