Search This Blog

Wednesday, July 29, 2009

LAWATAN KERJA KE KUALA LUMPUR

Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera dan Persatuan Usahawan Komuniti Ekonomi Bumiputera Melaka akan Mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur pada ketentuan berikut :
Tarikh : 6 Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat berkumpul : Parking PKNM
Tempat lawatan : Kompleks Kraf Jalan Conley
Kampung pengantin
Memori Kasih Bridal
**harap maaf, lawatan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu........

Sunday, July 26, 2009

BENGKEL KEUSAHAWANAN......

BENGKEL KEUSAHAWANAN DAN PEMBIAYAAN UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DUN KUALA LINGGI
Selasa, 28 Julai 2009
Kompleks JAPERUN Kuala Linggi, KS 218 Taman Melor,
Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka

GALAKAN BERPERSATUAN DI KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Kerajaan Negeri Melaka telah mengatur pelbagai agenda sejajar dengan hasrat YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri berdaya maju dalam semua bidang terutamanya bidang ekonomi dan juga sosial pada tahun 2010. Namun demikian, dalam usaha merealisasikan misi tersebut, rata-rata usahawan Melayu semakin tertekan akibat daripada perubahan ekonomi secara mendadak. Walaupun pada pandangan kasar, secara keseluruhannya pembangunan usahawan boleh dibanggakan, namun pencapaian amatlah tidak mengalakkan apabila membicarakan mengenai kejayaan usahawan Bumiputera khususnya dalam sektor-sektor perniagaan yang tertentu.

Kerajaan Negeri Melaka memandang serius terhadap keadaan semasa yang berubah dan seterusnya jalan keluar adalah dengan menentukan kelangsungan usaha orang Melayu melalui bidang masing-masing. Maka salah satu cara adalah dengan menubuhkan persatuan usahawan khususnya di kalangan usahawan Bumiputera di negeri Melaka. Persatuan akan diwujudkan mengikut bidang perniagaan yang diceburi di mana pengerusi dan naib pengerusi yang dilantik dapat memastikan operasi persatuan berjalan dengan lancar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam berkata ”bahawa setiap agensi kerajaan yang terlibat dengan program pembangunan usahawan harus bertindak sebagai ”lead agency” bagi beberapa sektor perniagaan utama seperti sektor pembuatan, sektor peruncitan, sektor perniagaan am dan beberapa lagi sektor utama dalam usaha untuk menambah jumlah usahawan Bumiputera di Melaka. Katanya lagi, ”lead agency” berperanan memastikan bahawa penubuhan persatuan diwujudkan mengikut bidang-bidang utama perniagaan.Dengan cara ini, penyertaan usahawan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kebaikan berpersatuan itu sendiri selain dapat memberikan khidmat nasihat dan meyediakan pakar runding bagi memastikan tahap perniagaan berada di tahap tertinggi dan semasa juga memberikan pendedahan dalam melahirkan usahawan yang tahan mengharungi dunia perniagaan. Usahawan perlu diingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan mereka perlu menyahut cabaran kerajaan untuk menjadi usahawan yang benar-benar berjaya”.

Tidak Dinafikan bahawa dengan berpersatuan turut membuka peluang untuk usahawan meluaskan jaringan perniagaan. Ramai usahawan baru dapat ditemui menerusi pelbagai kegiatan yang dijalankan dalam persatuan. Sebagai ’lead agency” , MARA telah memulakan langkah dengan mengadakan sesi perjumpaan bersama usahawan untuk menggalakkan mereka berpersatuan melalui sektor peruncitan dan sektor perniagaan am. Saya sebagai Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera (MTESB) memandang serius terhadap keadaan semasa yang berubah .Meskipun banyak persatuan usahawan diwujudkan , jumlah mereka yang tidak membabitkan diri dengan persatuan juga masih ramai. Membabitkan diri dengan persatuan usahawan adalah sesuatu yang penting. Banyak kebaikan atau faedah yang boleh diperoleh apabila berpersatuan, ini termasuk mempertingkat tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pengurusan dalam melahirkan usahawan berjaya . Selain itu, ia juga penting dalam memperjuangkan agenda melayu dalam perlaksanaan program pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta serta seterusnya menyumbang 30% pemilikan Bumiputera dalam ekonomi negara”.

Pihak MTESB bertanggungjawab dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berjaya dalam aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian lain. Hasil dari pemantauan yang dijalankan, didapati bahawa hanya 18.5% pengusaan orang Melayu dalam bidang ini. Dan rata-rata, peratusan menunjukkan penguasaan orang Melayu adalah tinggi dalam aktiviti kedai dobi dan sebagai pengusaha stesen minyak.

Sebelum ini, MTESB telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama usahawan yang terlibat dalam sektor perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian lain bagi tujuan tersebut. Usahawan yang dijemput hadir adalah terdiri dari kalangan usahawan yang menjalankan perniagaan seperti kedai urut, sauna & spa, pusat persolekan, studio rakaman atau senaman, kedai gunting rambut, kedai dobi, kitar semula, tempat letak kereta/motor persendirian dan juga perniagaan stesen minyak. Majlis tersebut telah diadakan pada 24hb Jun 2008 (Selasa), bertempat di Auditorium Seri Negeri, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Ayer Keroh Melaka.
Rintitan daripada sesi pertemuan tersebut, Persatuan yang dinamakan PUKEB telah diwujudkan dan kini seramai 50 orang ahli terlibat dalam persatuan tersebut dan dijangka bilangan ahli akan bertambah dari semasa ke semasa hasil dari maklumbalas positif orang ramai.